Roti|Bun|Donut

PLAIN DONUT

























RESEPI DONUT GEBU TANPA ULI

Sumber Resepi : Dari Dapur Aida

Dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku
                    : Tested by me

Bahan-Bahan A

1 paket yis kering

2 sudu susu pekat

1 cawan air suam

2 sudu gula

- campurkan semua bahan ni dan biarkan kembang ( berbuih )


Bahan-Bahan B

4 cawan tepung gandum ( 1/2 kg tepung )

2 sudu makan marjerin

2 sudu teh baking powder

1 sudu teh garam


Cara Menyediakan Donut Gebu Tanpa Uli
Ramaskan bahan-bahan B hingga jadi macam serbuk roti.
Kemudian campurkan Bahan A tadi dan gaul rata.
Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
Adunan memang lembik tapi jangan risau dan jangan memandai tambah tepung tau.
Lepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terapMasa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng

No comments:

Post a Comment