Kek|Pastri|Ising

Pandan Eggless Cake

Zaman persekolahan zaman yang terlalu indah dan tidak mugkin berulang.   Tiap-tiap tahun bila bermulanya sessi persekolahan yang baru, akan ada satu sessi di mana guru kelas bartanya, " Apakah cita-cita awak bila dewasa nanti? ".  Cita-cita saya?  " Cikgu saya punyai terlalu banyak minat, hobi dan cita-cita."  Kata ku dalam hati bermonolong sendiri. " Nor Shuhaini " panggil guru ku bila melihat mata ku bulat merenungnya tanpa reaksi.  Saya sebenarnya sedang membayangkan betapa sedapnya rasa kek berising yang saya makan ketika sambutan Hari Jadi terkini saya beberapa hari sebelum itu. "Saya nak buka kedai kek cikgu" adusss.. he he he.. tiba-tiba jawapan itu terpancut dari bibir nipis ku.     Guru ku yang memang dari taxi menunggu, terus merekodkan jawapan ku dalam fail peribadi murid ku yang pada masa itu di darjah satu.


Cita-cita itu hanya tertera dalam fail peirbadi murid ku pada tahun 1976.  Walaupun Butter Cake, Marble Cake, Chocolate Cake dan berbagai jenis kueh muih judah sell menjadi acara minam petang kesayangan ku, namun hanya baru-baru ini saya berpeluang membuat sebuah kek berising sendiri.  itupun sebab kesian dengan Kak Long yang alahan dan banyak limitation dalam pemilihan bah dalam makanan.  Akhirnya Pandan Eggless Cake yang tidal kurang sedapnya ku buat juga beserta butter ising lazy. Walaupun hiasan ising ku comot tetapi aku tétap berpuashati bila dapat menghasilkan hiasan yang not bad at all pada cubaan yang pertama.

1.  Adunan yang siap  dibuncuh dibakar selama 45 minit dalam ketuhar pada suhu 180' C



2. Aduii.. haha.. kek tak rata.. ada isu yang perlu ditangani



3.  Lapisan pertama ising  diletak pada kek untuk mendapat bentuk yang dikehendaki



4.  Design 1, Memang tak ada skill nak ratakan bahagian tepi kek ni.. redha je la..


5.  Redesign hiasan yang lain untuk menutup kelemahan hiasan tepi, tapi macam serabut and I dont like it


6.  Taraaaa!!!.. hahaha.. mcm ni jelah.. simple and less is more..




7.  Yang ni best.. simple..I like this design most




8.  Aikk!!!!... hahaha..  saja ubah design lain.. nampak so rich and heavy lah puloq..




9.  Ada yang tak kena dengan kek ni, ada lembapan dan perlu dibaiki lagi




90% dari kek ini Kak Long yang makan berulang-ulang.. Kak Long kata next time nak rasa pandan yang lebih rich lagi






Chocolate Butter Cake


Guna adunan asas pada timbangan 250g, 6 bijí telur ayam grad A.  Dengan penuh yakinnya bahan-bahan kek ditimbang dan diadun.  Selepas semuanya selesai di bakar dalam oven jenama dulu kini dan selamanya Butterfly.. hehehe.. ( Dolu-dolu mak guna oven yang biasa tu, beli kat Kelantan, guna api dari dapur gas, guna dari saya darjah 4 sampái tahúr 2016.  Yang ni versi elektrik, baru beli je bulan ramadan 2016 )


Kek dah siap dibakar, disejukkan atas redai dan diletakkan atas dulang untuk menghias.  Alih-alih tak jadi letak ising.. nanti so rich and boleh buat kita jadi bam-bam.  Tak sampat tunggu seok.   Nak potong ketika panas dan mamam. 


OMG.. awatnye keras!! mujur tak jadi batu.  Haru betui sebenarnya.. kaji sana, check sini.. laaa.. ada yg duduk atas timbang kek Mama Long..  huhuhu.. alignment lari, sukatan pun lari.. sudahnya potong kek, bancuh air kopi, cicah.. sodap hingga menjilat siku.. hahahaha.. adoiiii la hai.. cuti dulu buat kek.  Tunggu beli timbang baru.







TART NENAS


Degilkan.. dah lah lebih 10 than tak buat, main ingat2 je sukatan adunan.  Alasan malas nak memunggah resepi dalm kotak2 simbanan alat tulis..  hahaha.. hambik kau!!..  Biskut yang dah siao diadun, dihias, dibakar dan dipossingkan untuk sessi fotografi kemudiannya dimasukkan ke dalam bakul sampah selepas tidak lulus ujian rasa.. kikikiki..
























No comments:

Post a Comment